Saturday, March 14, 2009
Tragedi Jalan Kajang
Salam sekali lagi buatmu..
Kufikir-fikir, kuhitung-hitung..rupanya sudah banyak kematian yang hadir dan terkumpul di dalam peti pengalamanku. Ianya tersimpul diingatanku yang lapuk ini. Yang menyedihkan, yang mengerikan, yang cuma kudengar, yang kubaca, yang kulihat di sana-sini dan yang segala macam adanya.
Untuk coretan yang ini, aku mahu bercerita tentang kematian tragis yang amat mengerikan.
AMARAN!
Jika kamu tidak boleh menerima sesuatu yang mengerikan, kamu dinasihatkan agar tidak meneruskan pembacaan ini!
Sekitar tahun 2000 aku menjadi Penolong Pengarah merangkap Penulis Skrip dan Pelakon bagi drama bersiri SKUAD 994 yang telahpun ditayangkan di TV1, arahan Yusof Kelana. Fizikal dan mental aku Alhamdulillah cukup kuat untuk mengharungi kedegilan dan kemahuan Pengarah yang pelbagai. Aku memang sudah bersedia untuk menjadi seperti lelaki malah mungkin lebih kuat dari mereka, kerana ramai yang tidak tahan dengan kerenah Pengarah yang seorang ini.
Pendekkan cerita, kerana aku tidak mahu bercerita panjang lebar tentang penggambaran.
Apabila membaca tajuknya sahaja, sudah tentu anda dapat mengagak cerita-cerita dan kerja-kerja yang dilakukan oleh anggota SKUAD 994 ( BOMBA ). Menariknya pengambaran kami, kebanyakkan babak kebakaran dan kemalangan tidak dilakunkan. Ianya dirakam secara langsung diketika kemalangan berlaku!
Setiap kali mendapat laporan dan panggilan kecemasan, aku akan menyampaikan kepada Pengarah dan aku ditugaskan untuk turun padang menjejak lokasi kemalangan dan kebakaran bersama pasukan BOMBA yang bertugas ( bukan pelakon tetapi anggotanya sendiri ).
Di satu pagi yang tenang, ketika kami mengadakan pengambaran di Balai Bomba Seri Kembangan, satu panggilan diterima. Tanpa banyak soal, aku terus diarah untuk turun ke lokasi bersama pasukan krew ke Jalan menuju arah Kajang.
Setibanya di lokasi, jurukamera bergegas menjalankan tugasannya. Anggota bomba memotong sebahagian bumbung van yang telah remuk untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Aku berada tepat di belakang jurukamera kerana aku perlu berada dekat dengannya untuk memberikan arahan yang perlu.
Hanya beberapa saat selepas bumbung van dikopak oleh anggota bomba, jurukamera menoleh kepadaku. Dia mengangkat tangan dan berbisik,"Sorry Za,tukar jap ye."
Aku angguk dan kamera bertukar tangan kepada pembantu jurukamera. Aku mengarahkan kepadanya apa yang perlu diambil. Nak tahu apa yang kami lihat di bawah bumbung van yang telah terkopak itu?
Sekujur tubuh yang telah hilang wajahnya. Barangkali kepalanya telah terbelah dua! Langsung tak nampak rupa manusia. Hanya tubuh yang terkulai dan terperosok di bawah stering!
Aku menunjukkan kepada pembantu jurukamera kepada tompok-tompok putih pekat yang berselerak di sana sini. Ianya melekat di bumbung, di dinding dan di kerusi van. Nak tahu apakah tompokan itu? Ianya adalah otak manusia. Otak mangsa yang berterabur dan lembik macam agar-agar!
Aku tak fikir apa-apa yang pelik di ketika itu, kerana aku hanya menjalankan tugas. Selesai merakamkan apa yang patut dan apabila anggota bomba yang bersama kami telah bersedia untuk pulang, anggota polis meneruskan tugasan mereka.
Waktu kami pulang ke balai bomba tepat waktu makan tengahari. Makanan nasi bungkus dari restoran Haslam telahpun tersaji. Pengarah, Yusof Kelana tak sabar nak menonton apa yang telah kami rakam.
Hampir semua yang menonton preview tersebut tidak jadi untuk makan tengahari! Mereka menahan loya. Jurukamera yang tadinya meminta pembantunya menggantikannya juga tidak kelihatan. Akhirnya aku tahu, rupanya dia tidak sanggup melihat bentuk kematian dan mayat lelaki muda yang berbangsa Cina itu. Dia tidak tahan dan mabuk melihat darah, apatah lagi otak mangsa yang bersepai!
Bila sekarang kukenang-kenang kembali, aku sendiripun tak faham bagaimana aku boleh bertahan tanpa ada rasa pelik dan masih boleh menikmati makanan tengahariku dengan berselera. Yusof Kelana yang tak turun padangpun terhenti seketika dari menikmati makanannya!
IMEJ HIASAN:
IMEJ 1
IMEJ 2
IMEJ 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun imej2 sekadar hiasan tetapi sangat sesuai digunakan. Selamat datang ke Memoir Kematian!!
ReplyDeletesyabas riza
ReplyDeleteTerima kasih saudara zainudin..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi menjadi penziarah makam..
ya,gambar yang sangat-sangat sesuai.belum mulakan menggali nieh,sedang dalam proses.:-)
ReplyDeletesyd, jangan gali lama-lama, nanti hujan turunnnn!! ;)
ReplyDeletehidup itu InsyaAllah..Mati itu pasti.. (dipetik dari novel Ramlee Awang Murshid)
ReplyDelete